Please!

Assalamualaikum dan hi!


Sesungguhnya aku sangatlah stress sangat. Rasa nak nangis. Tak tahu nak luah kat siapa. Sebab aku tahu orang lain pun ada masalah. Sakit hati sebenanrnya buat assignment berkumpulan. Selepas selalu kena buli, aku selalu bahagikan kerja secara undian. Takde pilih-pilih bahagian ikut suka. Kejam dan nampak berkira kan? Biarkan dorang cakap belakang. Sebab aku benci orang yang selalu nak buat kerja senang je. Nak buat kerja yang dia tahu je. Yang dia tak reti buat nak lepas tangan pada orang lain. HELO. dah nama pun belajar, belajar lah buat benda yang tak tahu tu. Lepastu kalau da dapat bahagian masing-masing tu, pandai-pandailah cari jalan selesaikan tugas tu. Sekarang zaman teknologi kan. facebook, instagram tahu guna. search maklumat guna Google pun tak tahu? Aku tak kisah kalau orang tanya macam mana nak buat ke apa. Ini masalahnya asek merengek tak tahu macam mana nak buat. Dah degree oii. Pandai-pandai lah fikir. 

Sabar yatie. 1 sem lagi. InsyaAllah. 

Puas hati!

Salam. 

Akhirnya berjaya juga memiliki Alcatel One Touch Glory 2s. Punya la lama nak buat keputusan padahal nak beli telefon 50hinggit je. Okay, jangan pandang sebelah mata walaupun android ni 50 hinggit je taw. Bak kata kakak aku, telefon murah ni juga yang membantu dia jalankan bisnes butik dia tu. 

Nak tunggu dapat beli galaxy S3 / galaxy note pink yang di idamkan tu, tunggulah kalau ada anak dato nak kawen dengan aku bagi hantaran tu. puihh, berangan tak ingat dunia. 

Ya, aku punya warna putih tu, setelah lama buat research, mungkin rezeki aku semalam. Tetiba tergerak hati untuk tanya di digi store Mydin Mitc Melaka. Dia kata stok baru akan sampai pukul 5 petang. Punya lah berbunga hati. Terus contact kawan-kawan yang tak nak guna rebate SKMM RM200 tu. Aku punya rebate da expired 15 hari gara-gara susah sangat nak cari hp Alcatel ni. 



Key Features:
  • 2.0MP camera with VGA-quality recording
  • 3.5 inch HGVA touchscreen display
  • 1GHz processor


Bersyukur la kan. telefon murah pun, dapat juga guna instagram dan pages manager untuk facebook yang mana lebih menyenangkan aku untuk handle fanpage PINKHEARTCRAFT tu. Ni gara-gara blackberry yang tak berapa nak canggih da sekarang. hihi. 

Barulah ciri adik mithali

Salam. Hi, 

yeay, beginilah adik mithali kan. Tiap kali dapat gaji je belanja family makan. Walaupun kadang-kadang buat muka tak malu je minta belanja, tak kisah la. janji dapat. Daripada  habiskan duit kat kotak rokok kan. Ada ke patut lepas ni nak menyimpan duit untuk kahwin. cehh, awek pun takda, ada hati nak langkah bendul. Apalah salahnya sponsor kakak dia ni dulu kahwin kan. wuwuwu. 

Kesimpulannya, janganlah dilupakan family ketika kaya. 

Testing 123


Salam. Hi, 
Terlalu banyak cerita tersimpan. Blog ni pun tak berusik lagi. Dah boleh frame kan dan masuk muzium Negara. Yeayy. Mana pergi ntah semangat hupdate blog seperti dulu. Sekarang nak ambil gambar pun malas. Apatah lagi nak menaip 1 entry kan.  Buat assignment pun malas.  Tapi kalau buat craft automatik rajin. How to fix me? Lol. Lepas ni nak update guna phone je la. Terabur2 pun boleh kan. Seni namanya.